Thursday, August 13, 2009

aku tak hilang. percayala.

macam mana perasaannya bila satu dunia menentang kau.
bila satu dunia melupakan kau

kalau aku!!
aku akan terus menentang.
aku akan terus hiraukan.
asalkan aku puas.
semua target aku capai..
ku gengam..

SELFISH???
takla..

sebab aku yakin itu pendirian aku. dari aku dilahirkan aku telah terhasut dengan ideology DR.MAHATHIR MUHHAMAD.

aku tak mahu jatuh kerana orang lain...
aku mahu bangun diatas kaki aku sendiri..

aku sangat terpengaruh dengan beliau. biar seluruh rakyat malaysia menentang, beliau tetap dengan pendirian beliau.

AKU KAGUM!! aku mahu jadi sepertinya..
berjaya sepertinya.
dan dihormati sepertinya seperti suatu masa dahulu..

EGO!!!ya

dunia tentangla aku. aku tak akan berganjak walau kau menolak aku. kau meminggir aku.
aku punya cukup rohani dan kuat jasmani untuk mengharung engkau..

mungkin hari ini aku yang teperusuk busuk dibawah tapi aku yakin satu hari nanti kalian akan bangga mendabik dada untuk aku.!!!

maaf ibu maaf bapa.

p/s: hati aku hanya mahu bermeditasi.. agar aku bangun dan berhenti putus harapan..

Thursday, July 9, 2009

orang "melayu"

orang cakap bangsa "melayu" ni
  • tak mesra alam
  • naik lemak
  • ske naik minyak
  • suka sgt tunjuk bodoh tak tentu pasal...
aku TAK percaya!! sbb tu bangsa aku. mestila aku pertahankan bangsa aku.

kau yang bukan bangsa melayu mesti percaya kan... tapi aku tak salahkan kau. HAKIKATNYA dah memang macam itu..

orang bangsa lain pun ada yang berperangai macam yang aku sebut kat atas. bukan perfect sangat pun. dah acuannya macam itu jadi hasilnya pun begitu. tapi biasanya melayu yang kene bantai teruk sbb kononnya Malaysia ni dia punya.

Meh sini. pagi ni aku sendiri yang nak bantai teruk bangsa aku sendiri.

SBB AKU BENGGANG DENGAN BANGSA AKU..

dan disebabkan kebenggang-an aku. aku pun telah ter-include dalam golongan yang aku sebut di atas.(untuk golongan ske tunjuk kebodohan tak tentu pasal)


pagi-pagi aku bangun nak settlekan sesuatu. semangat ni. mood pun baik.
sampai sana aku senyum..senyum..dan senyummm. senyum macam dalam kempem senyum tu.

aku: bang saya nak ....... ......
abg kaunter: bak ic (buat muka mcm taik)
aku: bagi ic dan senyum(dalam hati eh ko ni pagi2 wat muka cm taik)
abg kaunter: dik adik punya ........ ni ada problem ni(wat muke taik lagi)
aku: problem mcm mane bang(still senyum tapi xikhlas)
abg kaunter: tahla abg pun tak tau. adik gi tanye sendiri la dgn.......................
aku: dgn rasa xpuas hati aku pun jawab " entahla bang saya pun tak tau kenapa muka abg mcm taik pagi ni


aku pon bla dan pergi kaunter lain.. kali ini aku pilih wanita cina..

aku nak complaint:
dah tentu kau tu kerja layan pelanggan. boleh tak kau buat muke mesra alam sket. walaupun kalau dah memang muka kau tu tuhan jadikan tak mesra alam.

dahla aku ni bermasalah. kerja kau sepatutunya membantu dan menyelesaikan msalah bukan menambah masalah


orang kata kelompok manusia sebegini patut kerja kat dalam hutan.....

tapi SALAH...

YANG AKU NAMPAK..
orang yang kerjanya dalam hutan tu 1000000000 juta kali ganda mesra daripada kau yang berkerja dalam aircond dan berpakaian kemas...



Sunday, July 5, 2009

hasil dari peluh aku


fine art photography - EMPTY
tukang amik gambar - Nureain Kamdan

boleh tak ???
tengok dulu kemudian baru cakap .











ini hasil dari titik peluh aku sepanjang bulan mei yang lepas.
maafla mungkin sudah basi .... tapi baru sekarang aku berpeluang meng-upload
busy konon - padahal aku yang tidak pandai curi masa.

ingat!!!! tujuan aku bukan untuk bermegah> tiada apa lah yang patut di megah.
aku ini cuma pelajar...
aku cuma mahu berkongsi kepuasan!!!

Wednesday, July 1, 2009

musuh aku

kalau nak bercakap pasal Ego..
aku kenal tuan punya Ego itu
dia yang paling rapat dengan kita semua
kalau nak tunding jari siapa yang punya Ego yang lebih besar ATAU lebih mengunung
baik lupakan..

sebab Ego itu memang milik kita sendiri.


manusia ni kadang-kadang dia terlepas pandang atau memang sengaja buat-buat terlepas.. semua kerna dek EGO!!!

MAHAL AKU KIRA EGO ITU...

tak kira la sama ada EGO itu perlu atau tidak dalam sesuatu hal kita tetap takkan lepaskan dia.

bak kata seseorang "berkira sangat dengan Ego itu"

tanpa kita sedar Ego itu adalah sejenis wabak berbahaya yang selalu menular perlahan dalam diri manusia..

Ego itu mungkin boleh jadi bagus dan boleh jadi kurang bagus dan mungkin boleh jadi memang sangat-sangat tak bagus.tengoklah pada tempat dan waktunya. janganla kau lontar saja Ego itu tanpa arah.

aku kurang layak untuk menasihati orang mengenai Ego.
aku juga menghadapai masalah EGO yang kronik.


p/s aku menasihati diri sendiri

Monday, June 29, 2009

hari ini aku bercerita tentang cinta

maaf ku telah menyakitimu
ku telah kecewakanmu


hari ini aku bercerita tentang cinta
cinta itu buta
cinta itu tiga segi
cinta itu manis
cinta itu pahit
lagi...
lagi....
cinta itu best macam cokelat
haha itu aku tak tau la pula...

suspen kan bait cinta kat atas tu..
aku copy dari lagu demi cinta - krispatih





Sunday, June 21, 2009

no caption

terasa mahu menghasilkan masterpiece
tapi kudrat minda aku gersang idea.
tenangkan aku dengan puisi-puisi kamu
bakarkan semangat aku dengan penulisan kau

waktu ini minda aku sedang mahu bercerita dan aku mahu bercerita di atas canvas putih.

apa ceritanya?
aku akan tanya hati....

p/s: jika aku kelapangan aku akan menjoin bengkel seni lukis di kelola oleh saudara FATHULLAH LUQMAN YUSOFF..

ayuhh!!

Thursday, June 18, 2009

membakar diri sama seperti membunuh diri


pernah tak kita terbakar dengan api yang kita nyalakan sendiri ?

aku sedang mengalami situasi ini.
salahnya memang aku. bodohnya pun aku juga.

aku yang terlalu mahukan pembaharuan dan terlalu terlewa dan akhirnya memakan diri aku sendiri.

mungkin aku tak berpijak di bumi yang nyata ketika itu. aku khayal di awangan. tiba-tiba khayalan indah aku direntap. dan baru aku tersedar yang aku telah membakar diri aku sendiri.


bodohkan aku.

tak mampu membezakan ,erti kata lain aku tak mampu menghargai segala yang telah menjadi milik aku. sehingga aku tamak dan akhirnya aku musnah kerana ketamakan aku..


mahu bahagia konon.
nah!! apa yang kau dapat nureain.
bahgia yang kau sudah miliki kau buang ketepi malah sengsara yang kau pilih.


aku memang sengal. sengal dek nafsu.

Tuesday, May 5, 2009

photo exhibition untuk anak2 jagung yang pertama

-------------------------------------------------------------------------------------------------

sekadar mempromosikan photo exhibition di universiti kuala lumpur pada 11 May -1 3 May 2009 ini.

aku juga participate.....

Saturday, May 2, 2009

tomok jutawan oiam 3

Tomok deserved to win

aku jarang mengkritik pasal singing reality show. sbb aku tahu aku nih bukan setakat kosong ilmu tentang nyayian tapi negatif..

tapi hari ni lepas aku tgk OIAM3 terus aku terasa nk menulis pasal tomok. hayaaiiiiii lagi banyakla bunyi bf aku sbb aku minat kt tomok nih. nothing to shame la. he is different now. not 10 years back tomok.

masa awal n marion cakap tomok tersingkir tetibe je aku tercakap SHIITT!!! haha quite funny aku rasa. sbb aku tak pernah beremosi kalau bab2 reality show nih.

tapi seriusla aku cakap. tomok in 2009 .. he is good.seriuslly he's good. he's tottally different now. and in my personal opinion dia mmg patut menang kalau nk di compare with aweera n esther.

aweera- aku rasa dia bagus. sbb die unik. suara die susah woo nk cari zaman sekarang nih. bila die menjerit ala-ala amy peeewwiit tu terus naik bola roma aku.tapi ntahla mybe ade sumthing yang membuatkn dia xmenang. "paling angin aweera tak menang adalah en bf aku. die mmg tabik spring kt vocal aweera"

esther-for me she is a great singer tapi singer wanita yang mcm esther dah terlalu banyak. malaysia need something yang different.something yang fresh

tomok- zaman remaja aku membesar mmg zaman tomok famous dulu. gadis-gadis sunti sekolah aku yang ntah ape2 memang minat die gila-gila.sampai open day kt sekolah aku guru besar siap panggil new boyz buat show.. hahahha.. tapi after 10 years apa yang aku boleh nampak dia mmg different . much-much better dari sebelum nih. n for sure after oiam nih tomok akan mendapat tempat kembali di hati gadis-gadis. tapi kali nih dengan pandangan dan penghormatan yang berbeza..

dia ade satu juta woooo.. n lagi satu tertutupla mulut manusia yang selalu mengutuk n mengata dia dulu.

p/s- aku bukan peminat fanatik tomok untuk 10tahun yang lalu. tapi sekarang YA!! aku memang minat style die nyayi la. dia bawak aku seperti ingin menari sama.

Sunday, April 26, 2009

aku taklah hebat sangat.


aku ada impian: merantau satu bulatan bumi dengan hanya sepasang pakaian di badan.



bf aku selalu mengeluarkan bunyi- bunyi complaint yang macam ni!!
  • u ni suke belagak kuat
  • u ni kuat sangat kerja sampai abaikan i
  • u ni suke belagak pandai dari i
  • u ni ske ingat diri u tu lelaki tapi takla kuat macam lelaki pun
  • u ni suke ingat diri u lagi kuat dari i

hahahaa.........

tidakla sayang..
aku sangat memerlukan kamu. aku tak kuat. aku tak teguh. aku cume berlagak seperti kuat dan teguh.


hakikatnya aku masih memerlukan kamu.