Saturday, January 9, 2010

PEMBULI

lama tak menulis dan seperti tak mahu menulis.
minda aku terlalu busy untuk menulis...

MINDA YAA!!! bukan diri
wal hal diri aku punya banyak masa terluang.. itu kene tanya diri kita sendiri ,bagaimana mengatasinya.

penindasan atau PEMBULI

APA RASANYA yaa...
mengambil kesempatan mungkin best barangkali. tapi bagaimana rasanya jika kita di ambil kesempatan.

atau lebih senang paham KENA BULI LA...

wahh!!

aku tengok banyak iklan-iklan untuk membanteras buli. rancak kerajaan malaysia ini membanteras amalan buli dikalangan pelajar sekolah.. tapi mengapa ditujukan untuk pelajar sahaja.

pelajar membuli tu satu hal. remaja biasala darah tengah panas..

tapi macam mana dengan individu yang rasanya dah separuh abad yang darahnya sudah suam-suam kuku menunggu masa untuk membeku sahaja tapi masih membuli mereka yang lemah tidak berdaya dan lebih memerlukan..

wahai insan yang berkuasa, kau mungkin tidak membuli dengan penumbuk 2 biji kau atau membuli dengan mengunakan dua kaki penerajang kau . tapi kau membuli dengan bahasa halus. membuli dengan kuasa yang kau ada..

aku kira kau ini seorang yang PENGECUT!!!!

P.E.N.G.E.C.U.T


berdiri megah disebalik kuasa yang kau pegang. kuasa yang ko jinjing merata di blazer kau.
("aku maksudkan kad kuasa.")

haha.

ataupun name tag kuasa. yerla kot namanya itu. aku pon tak pernah jadi orang yang berkuasa dan berjawatan tinggi seperti kau.

wahai si PENGECUT. cubala kau membuli dengan penumbuk dan penerajang kau. cuba jadi lebih berani dan kedepan.

jangan kau sembunyi di sebalik kad kuasa kau .

cubalah jadi pembuli seperti pelajar-pelajar yang kau sumbat ke dalam lokap kerana mebuli. (mungkin kau jugak perlu disumbat kedalam lokap seperti mereka)

aku kira itu lebih bermaruah daripada kau membuli dan mengambil kesempatan di sebalik kekuasaan kau..

aku nasihatkan ..

kau belajar membuli dengan cara yang betul!
membuli seperti yang dipamerkan kerajaan sepertimana pelajar membuli di peti TV kau yang besar lagi flat screen itu

mungkin dengan itu aku lebih mengagumi kau yang berhati busuk .

No comments:

About