Sunday, April 26, 2009

aku taklah hebat sangat.


aku ada impian: merantau satu bulatan bumi dengan hanya sepasang pakaian di badan.



bf aku selalu mengeluarkan bunyi- bunyi complaint yang macam ni!!
  • u ni suke belagak kuat
  • u ni kuat sangat kerja sampai abaikan i
  • u ni suke belagak pandai dari i
  • u ni ske ingat diri u tu lelaki tapi takla kuat macam lelaki pun
  • u ni suke ingat diri u lagi kuat dari i

hahahaa.........

tidakla sayang..
aku sangat memerlukan kamu. aku tak kuat. aku tak teguh. aku cume berlagak seperti kuat dan teguh.


hakikatnya aku masih memerlukan kamu.


Monday, April 20, 2009

empty

aku cume mahu meluahkn sesuatu. tapi tak terluah..
mungkin aku salah membuat keputusan
tp aku tahu itu yang terbaik...

ade idae bagi. tolong!!!1


photo capture: qawiem editing :nurein



aku memerlukan pendapat dan cadangan bagaimana menghasilkn kesan dramatik yg menunjukn kesengsaraan dengan hanya sebuah rumah usang.

aku kehabisan idea.

dan aku memerlukan lokasi rumah usang yang lebih usang..

ada cadangan??..

aku selesai shoot di beberapa lokasi yang berlainan tapi belum cukup memuaskan hati aku.
aku terpikir untuk ke bekas bangunan higland tower ataupun 7 deret rumah teres berhantu di ampang..

tapi ade sesuatu di khuatiri.

mampu ke aku??..

Tuesday, April 14, 2009

kau berhasil membuat aku menitiskan air mata.

sumpah aku sedang mencari siapa pengarahnya.
seminggu aku search keyword filem pendek 15 minit dari perancis-paris MUNGKIN..
aku tak tahu!!!

mungkin filem pendek itu berasal dari negara yang aku mention di atas..

seminggu yang lalu aku buka peti gambar dan automatik ker hallmark channel. apa yang aku saksikan


tajuk: tak dapat dipastikan kerna aku tak melihat dari permulaan dan sedang mengusahakan untuk terus mencari..
dari negara- eropah mungkin (berdasarkan enviroment dan bentuk muka pelakon tersebut)



ceritanya bergini.

bermula dengan sepasang suami isteri warga emas yang hidup berdua dan keseorangan (anak-anak tak ditunjukkn.mungkin dah mati atau tak megenang budi). sang suami bangun dari tidur dan melihat sang isteri terbaring kaku disebelahnya. dalam hati die terfikir sesuatu(isterinya telah meninggal dunia) dia terus mencium sang isteri dan berpura-pura bahawa isterinya sedang lena dibuai tidur.

sang suami membersihkan diri dan kembali ke kamar tidur dan isterinya masih dianggap sedang tidur atau dia hanya berpura-pura menganngap isterinya sedang tidur. si suami hanya mampu memandang isterinya dengan penuh perasaan cinta.

si suami kedapur dan menyediakan sarapan pagi dan bersarapan seorang diri. (mungkin dia sedang membiasakan diri untuk hidup tanpa ditemani si isteri ) selesai bersarapan si suami kembali ke kamar tidur mereka dengan harapan sang isteri sudah terjaga dari tidur. tapi harapan si suami musnah sama sekali apabila si isteri masih lagi terbaring kaku. si suami tersandar didinding dan khilaf seketika.

sang suami membuka almari baju mereka dan memilih-milih pakaian yang tercantik buat sang isteri dan cuba untuk menyuaipadan di badan si isteri. disaat ini sang suami cuba untuk menerima hakikat yang dia telah kehilangang isteri tercinta yang menemaninya setiap masa dan jika benar si isteri telah pergi siapa yang akan menemaninya selepas ini. sunyinya dunia insan tua sepertinya.. kerna satu-satu permata yang dia miliki tinggal telah pergi meninggalkannya.

disaat ini sang suami tidak dapat menaham perasaannya dan tidak lagi mampu untuk berpura-pura cool seperti yang dilakukan sebelum ini. sang suami terduduk dan tidak dapat menahan perasaan. lalu menangis dnterus menangis dan setelah puas menangis dan meratapi kehilangan si isteri. sang suami mengesat air mata dan kuatkan diri beliau dan terus bangun menuju ke bucu katil dan disaat ini dia baring disisi isterinya yang telah meninggal dunia. si suami tidur dan mengharap yang dia akan tidur selama-lamanya bersama-sama si isteri.. mungkin si suami tidak dapat menerima hakikat yang dia telah kehilangan isteri tercintanya dan tak sanggup untuk menempuhi kensunyian yang mula menghampirinya.

ataupun inilah yang dikatakan ikrar cinta untuk sehidup semati.

sumpah filem pendek ini amat sedih senhingga aku menitiskan airmata di saat sang suami mengharapkan agar dia tidur bersama-sama isterinya selama-lamanya.


p/s mungkin aku tak pandai bercerita. tapi sumpah filem pendek ini sangat menusuk kalbu.


Saturday, April 11, 2009

UNTUK BUDAK-BUDAK UNIKL

tolong promote

SATURDAY 18 APRIL 2009

p/s: poster design by nurein kamdan. untuk services graphic dan seangkataannyer.. sila hubungi saya..

About