Tuesday, April 14, 2009

kau berhasil membuat aku menitiskan air mata.

sumpah aku sedang mencari siapa pengarahnya.
seminggu aku search keyword filem pendek 15 minit dari perancis-paris MUNGKIN..
aku tak tahu!!!

mungkin filem pendek itu berasal dari negara yang aku mention di atas..

seminggu yang lalu aku buka peti gambar dan automatik ker hallmark channel. apa yang aku saksikan


tajuk: tak dapat dipastikan kerna aku tak melihat dari permulaan dan sedang mengusahakan untuk terus mencari..
dari negara- eropah mungkin (berdasarkan enviroment dan bentuk muka pelakon tersebut)



ceritanya bergini.

bermula dengan sepasang suami isteri warga emas yang hidup berdua dan keseorangan (anak-anak tak ditunjukkn.mungkin dah mati atau tak megenang budi). sang suami bangun dari tidur dan melihat sang isteri terbaring kaku disebelahnya. dalam hati die terfikir sesuatu(isterinya telah meninggal dunia) dia terus mencium sang isteri dan berpura-pura bahawa isterinya sedang lena dibuai tidur.

sang suami membersihkan diri dan kembali ke kamar tidur dan isterinya masih dianggap sedang tidur atau dia hanya berpura-pura menganngap isterinya sedang tidur. si suami hanya mampu memandang isterinya dengan penuh perasaan cinta.

si suami kedapur dan menyediakan sarapan pagi dan bersarapan seorang diri. (mungkin dia sedang membiasakan diri untuk hidup tanpa ditemani si isteri ) selesai bersarapan si suami kembali ke kamar tidur mereka dengan harapan sang isteri sudah terjaga dari tidur. tapi harapan si suami musnah sama sekali apabila si isteri masih lagi terbaring kaku. si suami tersandar didinding dan khilaf seketika.

sang suami membuka almari baju mereka dan memilih-milih pakaian yang tercantik buat sang isteri dan cuba untuk menyuaipadan di badan si isteri. disaat ini sang suami cuba untuk menerima hakikat yang dia telah kehilangang isteri tercinta yang menemaninya setiap masa dan jika benar si isteri telah pergi siapa yang akan menemaninya selepas ini. sunyinya dunia insan tua sepertinya.. kerna satu-satu permata yang dia miliki tinggal telah pergi meninggalkannya.

disaat ini sang suami tidak dapat menaham perasaannya dan tidak lagi mampu untuk berpura-pura cool seperti yang dilakukan sebelum ini. sang suami terduduk dan tidak dapat menahan perasaan. lalu menangis dnterus menangis dan setelah puas menangis dan meratapi kehilangan si isteri. sang suami mengesat air mata dan kuatkan diri beliau dan terus bangun menuju ke bucu katil dan disaat ini dia baring disisi isterinya yang telah meninggal dunia. si suami tidur dan mengharap yang dia akan tidur selama-lamanya bersama-sama si isteri.. mungkin si suami tidak dapat menerima hakikat yang dia telah kehilangan isteri tercintanya dan tak sanggup untuk menempuhi kensunyian yang mula menghampirinya.

ataupun inilah yang dikatakan ikrar cinta untuk sehidup semati.

sumpah filem pendek ini amat sedih senhingga aku menitiskan airmata di saat sang suami mengharapkan agar dia tidur bersama-sama isterinya selama-lamanya.


p/s mungkin aku tak pandai bercerita. tapi sumpah filem pendek ini sangat menusuk kalbu.


8 comments:

suezen said...

yeah....mcm tersentuh jap dengan crite tuh..harap2 lah terserempaklah dlm hallmark...huhu

Anonymous said...

rumah gua xde astro =(

Anonymous said...

kau juga berhasil membuatkan aku hampir menitiskan air mata bila kau kata memory card yg kita shoot utk video clip tu dah hilang.. tp cepat2 ku seka air mata.. sbb kau dah terlebih dulu menitiskannya.. aku xjadi nangis lalu buat2 kool ;p

lovie say : said...

muahahhahahahaa.. nanti kite gi shooting semula ok..

lovie say : said...

sorrryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Nadia Rahman said...

tlg search cite ni secepat mungkin. dan update!

Anonymous said...

sori naik lori..
atau dalam bahasa inggerisnya;
put ur sorry in the lorry..

lebih kurang camtu la.
hehe..
skang xleh shoot.
gua keja sebenleben yg cam setan tu..
penatttt gileee!!
lama2 camni gua boleh meninggal..

lovie say : said...

benti jewla keje. cari keje lain

About