Thursday, June 18, 2009

membakar diri sama seperti membunuh diri


pernah tak kita terbakar dengan api yang kita nyalakan sendiri ?

aku sedang mengalami situasi ini.
salahnya memang aku. bodohnya pun aku juga.

aku yang terlalu mahukan pembaharuan dan terlalu terlewa dan akhirnya memakan diri aku sendiri.

mungkin aku tak berpijak di bumi yang nyata ketika itu. aku khayal di awangan. tiba-tiba khayalan indah aku direntap. dan baru aku tersedar yang aku telah membakar diri aku sendiri.


bodohkan aku.

tak mampu membezakan ,erti kata lain aku tak mampu menghargai segala yang telah menjadi milik aku. sehingga aku tamak dan akhirnya aku musnah kerana ketamakan aku..


mahu bahagia konon.
nah!! apa yang kau dapat nureain.
bahgia yang kau sudah miliki kau buang ketepi malah sengsara yang kau pilih.


aku memang sengal. sengal dek nafsu.

No comments:

About