Monday, June 29, 2009

hari ini aku bercerita tentang cinta

maaf ku telah menyakitimu
ku telah kecewakanmu


hari ini aku bercerita tentang cinta
cinta itu buta
cinta itu tiga segi
cinta itu manis
cinta itu pahit
lagi...
lagi....
cinta itu best macam cokelat
haha itu aku tak tau la pula...

suspen kan bait cinta kat atas tu..
aku copy dari lagu demi cinta - krispatih





Sunday, June 21, 2009

no caption

terasa mahu menghasilkan masterpiece
tapi kudrat minda aku gersang idea.
tenangkan aku dengan puisi-puisi kamu
bakarkan semangat aku dengan penulisan kau

waktu ini minda aku sedang mahu bercerita dan aku mahu bercerita di atas canvas putih.

apa ceritanya?
aku akan tanya hati....

p/s: jika aku kelapangan aku akan menjoin bengkel seni lukis di kelola oleh saudara FATHULLAH LUQMAN YUSOFF..

ayuhh!!

Thursday, June 18, 2009

membakar diri sama seperti membunuh diri


pernah tak kita terbakar dengan api yang kita nyalakan sendiri ?

aku sedang mengalami situasi ini.
salahnya memang aku. bodohnya pun aku juga.

aku yang terlalu mahukan pembaharuan dan terlalu terlewa dan akhirnya memakan diri aku sendiri.

mungkin aku tak berpijak di bumi yang nyata ketika itu. aku khayal di awangan. tiba-tiba khayalan indah aku direntap. dan baru aku tersedar yang aku telah membakar diri aku sendiri.


bodohkan aku.

tak mampu membezakan ,erti kata lain aku tak mampu menghargai segala yang telah menjadi milik aku. sehingga aku tamak dan akhirnya aku musnah kerana ketamakan aku..


mahu bahagia konon.
nah!! apa yang kau dapat nureain.
bahgia yang kau sudah miliki kau buang ketepi malah sengsara yang kau pilih.


aku memang sengal. sengal dek nafsu.

About