Sunday, March 29, 2009

60 To Save The Earth


lokasi faderal hotel bukit bintang


save earth la sangat!! aku boleh kira dengan jari berapa kerat sangatla yang support. kebanyakkannya mungkin lebih keuntungan. yerla takut rugi kalau tutup lampu kejap.

bermula dengan klcc. lampu ditutup. pemandangan dari luar klcc bergelap. tp sayang ade sebahgian kedai yg langsung tidak cuba sekadar untuk malapkan lampu. mungkin mereka takut keadaan buruk berlaku. tapi sekurang-kurangnya cubala untuk merendahkan volume cahaya.

ke pavilion.. hampeh.. satu cahaya pon tidak cuba untuk dipadamkan.

bukit bintang. kebanyakan semua endah tak endah, sambil lewa tapi aku ada ternampak beberapa permis kedai dan hotel yang bergelap seperti royale bintang dan federal hotel. gamba diatas aku tembak semasa mereka meraikan hari mereka berjuang untuk meyelamatkan dunia. dihadapan federal hotel.tahniah!


aku paling terkesan bila aku berada di dataran merdeka. boleh aku katakan seluruh kawasan disitu bergelap. jangan kata cahay neon permis kedai, lampu jalan pon tak ada yang dibiarkan menyala. disitula aku mula rasa yang aku benar-benar berada dalam keadaan cuba untuk menyelamatkan bumi..


dalam masa 60minit untuk menyelamatkan dunia aku berada di tiga kawasan yang berbeza, semata0-mata untuk merasai bagaimana perasaan bila kite menjadi hero kepada dunia kita sendiri.

pendapat peribadi aku. rakyat kita tak cukup sporting atau tak cukup prihatin tentang pekara-pekara separti ini. lokek sangat 60 minit tu untuk menolong bumi kita yang semakin daif ni.

sesal kemudian tak berguna.bila kita tak merasa tak semestinya kita tak perlu menghargainya



Tuesday, March 24, 2009

aku lemah tanpa kamu

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu


Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu



andai kau dapat mebaca hati aku. mungkin kau tak akan menghukum aku. andai kau dapat meyelam hati aku mungkin kau akan dapat merasa yang aku juga merinduimu.

padukan jiwa kita


Lokasi = jalan masjid india

Tugasan kali ini adalah mengenai perpaduan masyarakt malaysia. apa yang aku dapat simpulkan. ahhhhhhhh!!

susah mau hasilkan masterpiece yang satu ini. mungkin kurangnya perpaduan masyarakat malaysia atau aku yang memang bengong.

iktibar yang aku dapat... bodohla sbb kita tak reti nk menghargai kesejahteraan yang kita ada. terkenal saja dengan word "berbilang kaum." tapi kuantiti perpaduan masyarakat berbilang kaum boleh dibilang dengan jari saja.


p/s: maaf kerna aku mengabaikan kamu!! sehingga kau membenci subjek photography ku.



Friday, March 20, 2009

hari ini aku nak bercerita pasal emosi.
emosi aku!!

taktau apa rasa emosi aku. tapi aku tahu ada sesuatu yang tak kena dgn diri aku.

biarla

aku diam..diam.diam dan diam

aku hanya mampu merelakan.

sapa tau itu yang terbaik.. hidup masih panjang. macam-macam boleh jadi

jangan terlalu memikirkan ia..

jangan mengulangi semua kesalahan lalu. itu yang penting!!

Sunday, March 15, 2009

seperti yang aku janjikan

seperti yang aku janjikan sebelum ini. hasil project photography aku di taman negara.
sebahagian sahaja yang baru aku post mortem.

aku tekankan disini ini adalah actual gambar.

maaf ya sekiranya aku bermegah tapi hasilnya sampah!!!




labah-labah pokok di waktu malam

ulat gonggong ker kala jengking. haha

si kecil malam

cendawan pokok ataupun kerepek bawang

no caption - siti

lak lak goh - menghidupkan api mengikut cara org asli

orang asli- siti dan ayah

landskap dari bukit terisek di waktu pagi


amaran keras dari aku : aku hanya seorang "pelajar photography" bukan "jurugambar profesional". mungkin output aku tak sehebat kamu..kamu dan kamu. sila beri kritikan yang membina bukan membunuh.

terima kasih!

Saturday, March 14, 2009

malam ini aku bersuara

kehidupan aku 2 hingga ke 3 bulan kehadapan ini kebarangkalian akan bertambah sibuk.
aku buntu dipanjangkan waktu.
mungkin 24jam ku pinta ke 30jam sehari.
aku mengharapkan dianugerahkan 6 tangan dan 4 kaki.
agar langkah dan gerakkan aku bertambah laju.

Tuesday, March 10, 2009

aku dah pulang... rindu la pada kamu..


taman negara pahang

lubok simpon


perjalanan ke gua telingan

aku dah pulang dari taman negara. seronok. happy. bahagia. haha semua ada la. nak lagi. nak lagi.


photo-photo project "nature"? nantila yeh. selepas procces post mortem selesai.

About