Friday, January 23, 2009

salahkah kami

Aku selalu terpikir. kenapa malaysia masih ada sikap discriminate antara satu sama lain. wahhal nagara kita dah lama merdeka. kenapa masih ada lagi kumpulan atau golongan yang masih memperkecilkan kaum wanita. apa yang membuatkan mereka rasa kaum lelaki itu lebih hebat dari wanita.

aku tidak menafikan bahwa rasullah pernah berkata "lelaki dilahirkan sebagai pemimpin." (betulkan aku jika aku salah kerna aku kurang berpengehtahuan dlm agama). tapi aku percaya itu bukan alasan untuk memperkecilkan kan kemampuan wanita. kerna bagi aku wanita dizaman kini mampu bersaingan seperti mana lelaki. malah ada segilintir wanita yang lebih maju drpd kaum lelaki itu sendiri.

dari pandangan pengalaman aku. mengapa wanita yang sering dipersalahkan. sebagai contoh. wanita merokok sangat dipandang serong oleh segelintir masyarakat yang sempit pemikirannya. tapi bagaimana kalau lelaki itu yang merokok. bukan ker kesan akibat rokok itu sama utuk setiap insan yang meghirup asap maut itu. (idea ini aku amik dari zahiril adzim) tapi perempuan merokok bukan point sebenar aku. aku sedang memperjuangkanhak sama rata kaum wanita.

mungkin masih ramai belum menyedari kaum wanita di malaysia adalah semakin maju atau setaraf dgn kaum lelaki. lihat saja purata kemasukan pelajar baru ke universiti. sudah semestinya wanita yang memonopoli. wanita kini juga mampu untuk memegang jawatan-jawatan tertinggi negara. jadi apa lagi utntuk dibuktikan kepada kamu wahai kaum yang bernama lelaki.

aku tidak menujukan entri ini untuk kesemua golongan lelaki. tapi aku percaya bahwa masih ada segilitir lelaki yang sempit pemikirinnya yang sering merendahkan kami yang bergelar wanita. mengapa eh.. adakah mereka memang kuat dan kami memang tidak mampu utk bersaing atau mereka berasa tercabar ego mereka kerana kami yang dikenali sebagi insan yang lemah ini mampu melakukan apa yang mereka mampu lakukan. untuk 60 tahun yang lalu. yaa!! kami memang dibuli. benar kata kau, tempat kami didapur. tapi sedarla wahai lelaki, kami di zaman 2009. kami juga mampu manakluki kerusi president.

Yaa!! aku memang mahu maju di dunia realiti dan aku mahu dipandang tinggi oleh kaum lelaki. Tapi aku masih dibumi yang nyata . pandangan aku dari segi islam tetap sama " lelaki sebagai pemimpin." sekurang-kurangnya didalam sesebuah institusi keluarga, kerna aku percaya ketentuan Allah SWT. aku cuma mahuan keadilan dan penghormatan seperti mana kaum lelaki milik di alam duniawi dimana allah menciptakan kehidupan ini untuk kesemua umatnya. !!

2 comments:

Anonymous said...

sy suke jadi boss..
hihi

suezen said...

hurm.....lady boss...mari perjuangkan hak wanita

About