hari ini kelas aku bermula dan aku kekelas dengan menaiki public transport kadang-kadang mungkin teman lelaki ku aku menjemput dan menghantar aku. tapi kebiasaan nya aku lebih selesa mengunakan pengangkutan awam. memandu sendiri ke kelas?? jangan kuharap mendapat keizinan dari abahku. sometimes he treat me like im a todlers. abah sedarlah im growing up!!
masalah terbesar ku. letih menunggu. bosan tersesak-sesak. kadang-kadang aku rasa perjalanan pergi dan balik lebih memenatkan dari berada di dalam kelas sambil otak nipis ku dipaksa oleh lecturer ku untuk berfikir. bayangkan aku dan juga orang awam terpaksa melalui situasi ini hampir setiap hari.mungkin sebab itu purata pesakit jiwa di malaysia semakin meningkat. inila salah satu sumbangannya.
setiap pagi aku dan orang awam yang lain terpaksa menunggu entah keberapa kali tren yang penuh dgn passenger. lebih dr sepuluh tren mungkin. baruku sedar ramainya umat malaysia. disebelah petang pun pekara yang sama juga berlaku. mungkin ini nasib orang awam yang kurang berkemampuan seperti kami terpaksa melalui.
aku terpaksa mengambil feeder bus dari stesen putra hingga ke kawasan perumahan aku. itu satu hal. kemudahan utk aku yang disediakan kerajaan.aku bersyukur. tetapi apa yang menyakitkan hati apabila aku terpaksa menunggu selama 2 jam untuk bas itu bergerak. bayangkan aku terpaksa membuang masa ku dari 7pm sehingga 9pm. kan lagi bagus kalau masa itu aku ambil utk siapkan assignment photography ku. mana janji-janji mu rapid kl. dulu cakap lain tapi sekarang sume janji tinggal janji.
mengalakkn orang awam menaiki pengakutan awam mungkin adalah langkah yang bijak untuk negara.disamping dapat meringankan beban rakyat.mengatasi kesesakan lalu lintas dab juga perlepasan gas karbon di udara. tetapi adalah lebih murni saranan itu sekiranya kerajaan mengambil langkah menaik taraf sistem pengakutan awam di negara ini.
No comments:
Post a Comment