Thursday, January 29, 2009

mungkin aku sombong tapi aku tidak!!

kerjala selagi kau mampu!!!

bila sampai ke satu tahap dan masa. kita akan kehilangan seluruh tenaga itu, dan apa yang kita boleh lakukan adalah mengembalikan atau recharge tenaga itu kembali.

apa yang di perlukan sekarang ini adalah pergi ke enviroment yang baru dan hidup di situasi yang baru kemudian kembali dengan semua tenaga segar yang aku sedut dari enviroment itu. mampukah aku!! mungkin aku bosan dengan kehidupan kuala lumpur, tapi hakikatnya kuala lumpur itula nadi aku.

haha lucu bukan!! ya aku memang begitu. kuala lumpur ibarat nyawa aku. kerna bagi aku bila di berada di tempat lain aku seolah kehilangan. mungkin aku sudah dibiasakan atau disogok dengan kemudahan-kemudahan kuala lumpur, sehinggakan aku terlalu manja untuk belajar berdiri di tanah luar.

bercuti akan mengembirakan tetapi bermaustautin mungkin tidak untuk aku. "katak dibawah tempurung ker aku? seperti kata orang macam mana nak bersaing dengan yang lain jika kita tidak memperlajari hidup seperti orang lain. haha mungkin dengan persepsi seperti ini dapat mengubah diri aku dan menyahut cabaran itu untuk membuktikan bahawa aku juga mampu seperti kau. kerna aku juga mahu berdiri teguh seperti kau.


p/s: aku bukan meagungkan kehidupan kuala lumpur ataupun taksub kepada kemewahan kuala lumpur. mungkin aku lemah kerna terlalu bergantung dengan kehidupan kuala lumpur. mungkin dengan ini aku patut belajar berdikari dan hidup susah seperti yang lain.

2 comments:

Anonymous said...

iheartkl

::alifdalmim:: said...

yes..u should..hehehe

About