Thursday, January 29, 2009

mungkin aku sombong tapi aku tidak!!

kerjala selagi kau mampu!!!

bila sampai ke satu tahap dan masa. kita akan kehilangan seluruh tenaga itu, dan apa yang kita boleh lakukan adalah mengembalikan atau recharge tenaga itu kembali.

apa yang di perlukan sekarang ini adalah pergi ke enviroment yang baru dan hidup di situasi yang baru kemudian kembali dengan semua tenaga segar yang aku sedut dari enviroment itu. mampukah aku!! mungkin aku bosan dengan kehidupan kuala lumpur, tapi hakikatnya kuala lumpur itula nadi aku.

haha lucu bukan!! ya aku memang begitu. kuala lumpur ibarat nyawa aku. kerna bagi aku bila di berada di tempat lain aku seolah kehilangan. mungkin aku sudah dibiasakan atau disogok dengan kemudahan-kemudahan kuala lumpur, sehinggakan aku terlalu manja untuk belajar berdiri di tanah luar.

bercuti akan mengembirakan tetapi bermaustautin mungkin tidak untuk aku. "katak dibawah tempurung ker aku? seperti kata orang macam mana nak bersaing dengan yang lain jika kita tidak memperlajari hidup seperti orang lain. haha mungkin dengan persepsi seperti ini dapat mengubah diri aku dan menyahut cabaran itu untuk membuktikan bahawa aku juga mampu seperti kau. kerna aku juga mahu berdiri teguh seperti kau.


p/s: aku bukan meagungkan kehidupan kuala lumpur ataupun taksub kepada kemewahan kuala lumpur. mungkin aku lemah kerna terlalu bergantung dengan kehidupan kuala lumpur. mungkin dengan ini aku patut belajar berdikari dan hidup susah seperti yang lain.

Wednesday, January 28, 2009

birthday


cupcake ini dr mylittle oven(mini cooper version)

selamat hari lahir sayang. selamat melalui hidup yang ke 24tahun

p/s: "as a promise here your mini cooper sayang".

Friday, January 23, 2009

salahkah kami

Aku selalu terpikir. kenapa malaysia masih ada sikap discriminate antara satu sama lain. wahhal nagara kita dah lama merdeka. kenapa masih ada lagi kumpulan atau golongan yang masih memperkecilkan kaum wanita. apa yang membuatkan mereka rasa kaum lelaki itu lebih hebat dari wanita.

aku tidak menafikan bahwa rasullah pernah berkata "lelaki dilahirkan sebagai pemimpin." (betulkan aku jika aku salah kerna aku kurang berpengehtahuan dlm agama). tapi aku percaya itu bukan alasan untuk memperkecilkan kan kemampuan wanita. kerna bagi aku wanita dizaman kini mampu bersaingan seperti mana lelaki. malah ada segilintir wanita yang lebih maju drpd kaum lelaki itu sendiri.

dari pandangan pengalaman aku. mengapa wanita yang sering dipersalahkan. sebagai contoh. wanita merokok sangat dipandang serong oleh segelintir masyarakat yang sempit pemikirannya. tapi bagaimana kalau lelaki itu yang merokok. bukan ker kesan akibat rokok itu sama utuk setiap insan yang meghirup asap maut itu. (idea ini aku amik dari zahiril adzim) tapi perempuan merokok bukan point sebenar aku. aku sedang memperjuangkanhak sama rata kaum wanita.

mungkin masih ramai belum menyedari kaum wanita di malaysia adalah semakin maju atau setaraf dgn kaum lelaki. lihat saja purata kemasukan pelajar baru ke universiti. sudah semestinya wanita yang memonopoli. wanita kini juga mampu untuk memegang jawatan-jawatan tertinggi negara. jadi apa lagi utntuk dibuktikan kepada kamu wahai kaum yang bernama lelaki.

aku tidak menujukan entri ini untuk kesemua golongan lelaki. tapi aku percaya bahwa masih ada segilitir lelaki yang sempit pemikirinnya yang sering merendahkan kami yang bergelar wanita. mengapa eh.. adakah mereka memang kuat dan kami memang tidak mampu utk bersaing atau mereka berasa tercabar ego mereka kerana kami yang dikenali sebagi insan yang lemah ini mampu melakukan apa yang mereka mampu lakukan. untuk 60 tahun yang lalu. yaa!! kami memang dibuli. benar kata kau, tempat kami didapur. tapi sedarla wahai lelaki, kami di zaman 2009. kami juga mampu manakluki kerusi president.

Yaa!! aku memang mahu maju di dunia realiti dan aku mahu dipandang tinggi oleh kaum lelaki. Tapi aku masih dibumi yang nyata . pandangan aku dari segi islam tetap sama " lelaki sebagai pemimpin." sekurang-kurangnya didalam sesebuah institusi keluarga, kerna aku percaya ketentuan Allah SWT. aku cuma mahuan keadilan dan penghormatan seperti mana kaum lelaki milik di alam duniawi dimana allah menciptakan kehidupan ini untuk kesemua umatnya. !!

Thursday, January 22, 2009

luka

hari nih aku terluka aku sendiri aku bersedih dan aku menangis.
lemah kah aku.
atau ini mmg naluri wanita

"aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
aku wanita aku mahu cinta
selayaknya manusia"

Monday, January 12, 2009

pengakutan awam yang terburuk

hari ini kelas aku bermula dan aku kekelas dengan menaiki public transport kadang-kadang mungkin teman lelaki ku aku menjemput dan menghantar aku. tapi kebiasaan nya aku lebih selesa mengunakan pengangkutan awam. memandu sendiri ke kelas?? jangan kuharap mendapat keizinan dari abahku. sometimes he treat me like im a todlers. abah sedarlah im growing up!!
masalah terbesar ku. letih menunggu. bosan tersesak-sesak. kadang-kadang aku rasa perjalanan pergi dan balik lebih memenatkan dari berada di dalam kelas sambil otak nipis ku dipaksa oleh lecturer ku untuk berfikir. bayangkan aku dan juga orang awam terpaksa melalui situasi ini hampir setiap hari.mungkin sebab itu purata pesakit jiwa di malaysia semakin meningkat. inila salah satu sumbangannya.
setiap pagi aku dan orang awam yang lain terpaksa menunggu entah keberapa kali tren yang penuh dgn passenger. lebih dr sepuluh tren mungkin. baruku sedar ramainya umat malaysia. disebelah petang pun pekara yang sama juga berlaku. mungkin ini nasib orang awam yang kurang berkemampuan seperti kami terpaksa melalui.
aku terpaksa mengambil feeder bus dari stesen putra hingga ke kawasan perumahan aku. itu satu hal. kemudahan utk aku yang disediakan kerajaan.aku bersyukur. tetapi apa yang menyakitkan hati apabila aku terpaksa menunggu selama 2 jam untuk bas itu bergerak. bayangkan aku terpaksa membuang masa ku dari 7pm sehingga 9pm. kan lagi bagus kalau masa itu aku ambil utk siapkan assignment photography ku. mana janji-janji mu rapid kl. dulu cakap lain tapi sekarang sume janji tinggal janji.
mengalakkn orang awam menaiki pengakutan awam mungkin adalah langkah yang bijak untuk negara.disamping dapat meringankan beban rakyat.mengatasi kesesakan lalu lintas dab juga perlepasan gas karbon di udara. tetapi adalah lebih murni saranan itu sekiranya kerajaan mengambil langkah menaik taraf sistem pengakutan awam di negara ini.

Thursday, January 8, 2009

kenangan itu

sibuk aku mengemas tetiba aku tejumpa satu kenangan yang telah lama aku lupakan




sesiapa yang seusia dengan aku mesti kenal dengan character patung ni. dan mungkin mengilainya seperti aku. dia la peneman aku sehingga aku 12tahun.

sedar atau tak mengingati kenangan manis di waktu lampau adalah satu terapi untuk kita. dan aku baru sahaja menjalani terapi itu. dan ia sangat berkesan.

bila rasa berjauhan itu

Petang esok aku akan menjemput sang kekasih aku. yuyuhhhh finally after more than a month aku merindui die. balik juga kamu ke kl.so goodbye loneliness and welcome happiness. bila berjauhan baru nak rasa kita memerlukan seseorang itu. tapi bila hari-hari jumpa mesti ada yang x kena. manusia!! tak reti menghargai sesuatu yang ada di depan mata.tak semestinya dengan kekasih, dengan kawan-kawan termasuk family.

kalau parent aku ada kat rumah mesti aku macam tak caring sangat pasal parent aku. time bila diorg pegi holiday tak kira la local or oversea , lama or sekejap mesti aku rindu diorg. rasa membutuhkan mereka sangat.

mungkin manusia ini mudah lupa dan sukar menghargai. termasuk diri aku. tapi jauh di sudut hati aku. aku sangat memerlukan keluarga, kekasih dan sahabat. mungkin aku terlupa tuk menghargai mereka tapi aku mohon jauhkan aku dari perasaan untuk membuang mereka dari hidup aku.

kerna aku tahu satu hari nanti aku sangat memerlukan mereka dalam hidup ,walaupun sejauh mana aku terbang aku akan tetap kembali kepada mereka akhirnya.

Friday, January 2, 2009

Antara Kepercayaan dan kebelotan

kepercayaan dan kebelotan?

Mana satu manusia inginkan.ya aku yakin suma manusia mengharapkan kepercayaan itu tp mampukah kita menerima kerpercayaan itu drpd orang yang kita harapkan ataupun sanggupkah kita memberi kepercayaan itu kepada orang yang bergelar sahabat atau kekasih.

aku tahu saat manis semua indah semua kau berikan. kaula sahabatku kaula kekasihku. setiap masa berdua setiap saat bersama tapi bila saat sedih kau bagaimana? mungkin kenangan itu semakin pipih dibawa angin. mungkin ada kata-kata busuk yang akan terdengar ahh siapa kau?

aku menulis ini bukanla untuk luahan hati kerna aku dikhianati oleh kekasih ataupun sahabat. TIDAK!! aku syg kekasih aku dan aku memerlukan sahabat aku. bg ku merekala insan terbaik yang aku ada. aku berdoa pada tuhan supaya jangan sesekali merampas mereka daripada aku. hilang mereka hilangla aku. ya aku masih punya keluarga. memang keluarga itu penting. tapi dari keluarga juga kita mungkin tidak dapat kepercayaan itu. seperti abah aku sangat melarang keras aku memandu bersendirian. haha tapi itu salahku juga. kerna aku membawa kepercayaannya pergi bersama kebodohan aku.

ingatla jangan kita sekali-kali untuk mengkhianati kerpcayaan itu. kerna bila kita kehilangannya kita sangat menderita. siapa tahu satu hari mungkin kau memerlukan kepercayaan itu kembali, peluang kedua!!! ahhh mungkin tidak. aku sangat terluka dgn pengkhianatan. lihat saja mereka yg telah mengkhianati aku. maaf aku bukan pendendam tapi aku terlalu sensitif untuk seperti ini. bagi aku kepercayaan adalah selamanya, asas segala kehidupan. tanpanya aku hanyala orang bodoh yang melalui hidup tanpa arah.dan aku mohon jangan pernah!

: jangan sakiti aku dengan kata dustamu sahabat dan kekasih.aku tidaklah sekuat yang disangkakan. diluar aku tersenyum tetapi didalam aku tidak menangis tapi aku terluka.

hati aaku yang menulislovie lulabyl



Thursday, January 1, 2009

happy 2009


happy new year
welcome 2009 and good bye 2008

hope Allah bless our new chapter in life.
what have been done cannot be undone.
close a chapter to get better,when love and life got no barrier

guys!! start with a new book write a new story
enjoying yourself in 2009


hopefully all in good


sweet love
lovie lullaby

About