Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Sunday, June 21, 2009

no caption

terasa mahu menghasilkan masterpiece
tapi kudrat minda aku gersang idea.
tenangkan aku dengan puisi-puisi kamu
bakarkan semangat aku dengan penulisan kau

waktu ini minda aku sedang mahu bercerita dan aku mahu bercerita di atas canvas putih.

apa ceritanya?
aku akan tanya hati....

p/s: jika aku kelapangan aku akan menjoin bengkel seni lukis di kelola oleh saudara FATHULLAH LUQMAN YUSOFF..

ayuhh!!

Tuesday, May 5, 2009

photo exhibition untuk anak2 jagung yang pertama

-------------------------------------------------------------------------------------------------

sekadar mempromosikan photo exhibition di universiti kuala lumpur pada 11 May -1 3 May 2009 ini.

aku juga participate.....

Monday, April 20, 2009

ade idae bagi. tolong!!!1


photo capture: qawiem editing :nurein



aku memerlukan pendapat dan cadangan bagaimana menghasilkn kesan dramatik yg menunjukn kesengsaraan dengan hanya sebuah rumah usang.

aku kehabisan idea.

dan aku memerlukan lokasi rumah usang yang lebih usang..

ada cadangan??..

aku selesai shoot di beberapa lokasi yang berlainan tapi belum cukup memuaskan hati aku.
aku terpikir untuk ke bekas bangunan higland tower ataupun 7 deret rumah teres berhantu di ampang..

tapi ade sesuatu di khuatiri.

mampu ke aku??..

Tuesday, March 24, 2009

padukan jiwa kita


Lokasi = jalan masjid india

Tugasan kali ini adalah mengenai perpaduan masyarakt malaysia. apa yang aku dapat simpulkan. ahhhhhhhh!!

susah mau hasilkan masterpiece yang satu ini. mungkin kurangnya perpaduan masyarakat malaysia atau aku yang memang bengong.

iktibar yang aku dapat... bodohla sbb kita tak reti nk menghargai kesejahteraan yang kita ada. terkenal saja dengan word "berbilang kaum." tapi kuantiti perpaduan masyarakat berbilang kaum boleh dibilang dengan jari saja.


p/s: maaf kerna aku mengabaikan kamu!! sehingga kau membenci subjek photography ku.



Saturday, March 14, 2009

malam ini aku bersuara

kehidupan aku 2 hingga ke 3 bulan kehadapan ini kebarangkalian akan bertambah sibuk.
aku buntu dipanjangkan waktu.
mungkin 24jam ku pinta ke 30jam sehari.
aku mengharapkan dianugerahkan 6 tangan dan 4 kaki.
agar langkah dan gerakkan aku bertambah laju.

Thursday, February 19, 2009

semalam dan hari ini.


semalam aku selesai menembak indoor assignment.hasilnya yang ku dapat PENAT!!. aku tertidur awal semalam, sehingga aku tak mampu untuk recharge kembali bateri yang kosong.apatah lagi untuk transfer bahan.. esuk saja!!

tengahhari ni aku akan kembali menembak untuk outdoor pulak. kuharap tidaklah seletih hari semalam.

siapa kata kerjaya orang filem itu mudah. tapi ini bukan alasannya untuk menghasilkan sesuatu yang teruk kualitinya kan. jadi jangan guna ini sebagai alasan. kerana kau yang memilih jalan begini.

mujur ini bukan matlamat kerjaya aku yang harus aku focus.aku hanya anggap ini sebagai hobi dan requirement yang aku perlu lengkapkan sebelum aku bergraduasi hujung tahun ini.


* sambungan*


tengah hari ini aku tak jadi menembak untuk outdoor assignment aku. oleh kerana beberapa masalah teknikal dan juga kekurangan props. jadi buang masa saja kan.

xpa lah esuk saja kita sambung.........

gambar dibawah ini adalah hasil daripada kebosanan en. teman lelaki ku. memaksa aku untuk beraksi seperti gadis retro.sungguh tak sesuai.




p/s: si hitam ini kepunyaan en.miumiu saya. berminat menyewa untuk tujuaan pameran atau sebagainya. sila hubungi saya. [promosi]





Tuesday, February 10, 2009

Projek Tahun Akhir

Final Year Project / Projek Tahun Akhir....

Gerun bukan...
projek ini lah yang akan menentukan masa depan aku dan menentukan sejauh mana ilmu pengehtahuan yang telah aku achive dan kuasai sepanjang pengajian aku.

Bak Kate Lecturer aku "kamu standart degree buatla seperti lulusan degree."

wah wah....... tapi persoalannya mampu kah aku???

dalam kepala otak aku ade terpikir beberapa idea. tapi memerlukan ilmu yang aku belum pon kuasai. Virtual Reality!!!

ya ambil saja itu sebagai cabaran. sapa tahu aku boleh master!!!

doa saja la semoga semua lancar dan di mudahkan segala urusan.

*kurang dari satu tahun untuk bergraduasi.segelung ijazah creative multimedia akan aku gengam. kemana hala tuju aku selepas ini.

Wednesday, September 17, 2008

bahasa kita

entri kali ini aku akan berbahasa melayu. sebab aper??? jangan tanya aku tapi tanyala zahiril adzim. aku sangat terkesan dengan entri dia "bahasa apa yang kau guna" kenapa orang melayu malu untuk berbahasa melayu dan mengagungkan english. TAK!!! aku tak malu berbahasa melayu dan aku berani kata yang 90% bahasa perantaraan seharian aku adalah bahasa melayu. tp ini bukan point aku untuk entri aku kali ini.

bercakap mengenai bahasa pelajar unikl diwajibkan untuk belajar menguasai bahasa mandarin. haha susah tu bila bercakap bahasa yang bukan dari bahasa kita. tergeliat suma lidah bibir. :) baru-baru ini lecturer mandarin aku menberi assingment "karangan mengenai diri kita" dalam bahasa mandarin.10 ayat saja la!! tak susah pon. Dengar macam senang kan tapi habis tunggang tebalik. hancur lebur buku mandarin aku untuk dibuat rujukkan.

kalau baca ayat yang di dalam bahasa melayu aku mesti kene kutuk habis. mesti orang mengata "ala ayat budak tadika tu" jangan gelak kawan-kawan ayat tadika ni la yang buat aku pening kepala.

"nama saya nureain kamdan. berumur 23 tahun. saya dilahirkan pada 14 november 1985. saya belajar di universiti kuala lumpur dan akan tamat pengajian pada tahun hadapan. saya mempunyai empat orang adik beradik seorang kakak, abang dan seorang adik lelaki. saya adalah anak yang ketiga. saya berbangsa melayu dan akan menyambut hari raya puasa pada 1 oktober ini. saya akan menerima banyak ang pau"


serius korang mesti tergelakkan tengok ayat aku yang ala-ala karangan budak darjah satu. itula standart kitaorg dalam bahasa mandarin ni. nak malu apa kitaorg still dalam proses pembelajaran la..

nak tahu hasilnya apabila ditranslate ke bahasa mandarin

"wo jiao nureain kamdan. wo jin nian er shi san sui. wo de shen ri zai shi yi yue shi shi re yi jiu ba wu nian. wo zai ji long pon da xue du shu. wo min nian jin bi yer ler. wo you shi ge xiong di jie mei. wo de jie jie, ge ge he di di. wo shi pai di san de. wo hui zai shi jue yie re qing ju kai zai jie. wo ye ge yi na dao hen duo hong bao"

terbelit lidah aku. tapi ini bukan ayat yang aku pasti betul. ini baru draft dan mungkin ada kesilapan. itu kena semak dengan lecturer sebelum hantar la kan.



Tuesday, September 9, 2008

math-joke

mathematic jokes math poster design

design this joke about a month ago. dah lupa pun bende nih. tetibe this evening during my math clas lecturer i inform "to those winner of poster boleh claim hadiah dkt lecturer room".umm xde idea la plak atas reason aper this poster boleh menang. quite funny. i done this poster just only in 30 minutes. sambil lewa je :) .actually i do this poster secara paksa by my math lecturer. every students in her class need to take part in order to get extra mark.. heheh so dgn sgt kebetulankan. taktahula either students lain tak participate or i dont know.... gigglesss** win prizes pon xclaim lagih. sbb cm boring jew. my lecturer ckp prize just a small hamper. daaaa.... of course la that hamper akan bertukar tangan to myteddy.


About