Saturday, February 28, 2009

malam ini la kita pergi

cuti pertengahan semester dah bermula...

malam ini aku akan away ke Taman Negara Pahang untuk project photography. excited!!! nourves!!! macam mana kalau aku tak dapat hasilkan yang terbaik. membazir la..







berdoa saja semuanya dalam keadaan selamat dan sempurna. amin!!!

Tuesday, February 24, 2009

cahaya dan bayang

side lighting


back lighting


antara yang menjadi kegemaran aku

cahaya dan bayang tak paham maksud ini abaikan saja...

Thursday, February 19, 2009

semalam dan hari ini.


semalam aku selesai menembak indoor assignment.hasilnya yang ku dapat PENAT!!. aku tertidur awal semalam, sehingga aku tak mampu untuk recharge kembali bateri yang kosong.apatah lagi untuk transfer bahan.. esuk saja!!

tengahhari ni aku akan kembali menembak untuk outdoor pulak. kuharap tidaklah seletih hari semalam.

siapa kata kerjaya orang filem itu mudah. tapi ini bukan alasannya untuk menghasilkan sesuatu yang teruk kualitinya kan. jadi jangan guna ini sebagai alasan. kerana kau yang memilih jalan begini.

mujur ini bukan matlamat kerjaya aku yang harus aku focus.aku hanya anggap ini sebagai hobi dan requirement yang aku perlu lengkapkan sebelum aku bergraduasi hujung tahun ini.


* sambungan*


tengah hari ini aku tak jadi menembak untuk outdoor assignment aku. oleh kerana beberapa masalah teknikal dan juga kekurangan props. jadi buang masa saja kan.

xpa lah esuk saja kita sambung.........

gambar dibawah ini adalah hasil daripada kebosanan en. teman lelaki ku. memaksa aku untuk beraksi seperti gadis retro.sungguh tak sesuai.




p/s: si hitam ini kepunyaan en.miumiu saya. berminat menyewa untuk tujuaan pameran atau sebagainya. sila hubungi saya. [promosi]





Tuesday, February 17, 2009

fullstop

lama aku tak update sesuatu tentang cinta. selain kesmpitan masa ,aku cume meng-edit bile perasaan itu ada. aku suke berkerja bila aku beremosi.

ya masa ini aku sedang beremosi. aku sayang dia!! fullstop. tak perlu bercerita panjang cukup sekadar engkau tahu yang aku sayang dia.

p/s: dia tahu apa itu maksudku.

aku tak termasuk dalam kekuasaan kau

tak mungkinla kau tak mahu yang terbaik untuk diri kau kan??

tak pernah nasihat dan tak pernah cuba untuk menasihatkan. sebab dalam hidup aku memang malas nak cuba masuk campur. pandai-pandaila kau berdikari dan pandai-pandaila juga kau mencari jati diri.

tak perlula kau berdiskusi tentang hal itu. semua orang tahu yang akhirnya kau yang akan menang. ya satu dunia tahu kau memang berkuasa.

pungutla semua kekayaan dan kekuasaan dunia. dan jauhkan itu dari aku kerna aku cuma mahu keamanan.

p/s: aku akan hidup mengikut alur hidup aku sendiri.tak payah memaksa!!!

Monday, February 16, 2009

tolong promosi

Date: 14 March 2009
Time: 08:00 - 18:00
Location: TAPAK A, TMN TASIK TITIWANGSA


Activities that will be held on that day:-
1. Jogathon
2. Treasure Hunt
3. Photography Competition
4. Lucky Draw
5. Dodgeball Tournament
6. Basic Health Screening
7. Merchandise Sales (visit our website)
8. Exhibition Booth


Wednesday, February 11, 2009

-





Bila kau rasa sedih dan sunyi,
kau toleh kiri dan kau toleh kanan.
tetapi tiada siapa yang menemani kau seperti selalu.
pada saat itu baru kau sedar yang sebenarnya kau telah kehilangan aku.

Tuesday, February 10, 2009

Projek Tahun Akhir

Final Year Project / Projek Tahun Akhir....

Gerun bukan...
projek ini lah yang akan menentukan masa depan aku dan menentukan sejauh mana ilmu pengehtahuan yang telah aku achive dan kuasai sepanjang pengajian aku.

Bak Kate Lecturer aku "kamu standart degree buatla seperti lulusan degree."

wah wah....... tapi persoalannya mampu kah aku???

dalam kepala otak aku ade terpikir beberapa idea. tapi memerlukan ilmu yang aku belum pon kuasai. Virtual Reality!!!

ya ambil saja itu sebagai cabaran. sapa tahu aku boleh master!!!

doa saja la semoga semua lancar dan di mudahkan segala urusan.

*kurang dari satu tahun untuk bergraduasi.segelung ijazah creative multimedia akan aku gengam. kemana hala tuju aku selepas ini.

Friday, February 6, 2009

kau suruh kami support tapi xde apa yang patut kami support

Filem terbaik untuk aku

Dua hari lalu aku tergerak untuk menonton movie InkHeart, seperti yang dijangkakan tiada apa yang mengecewakan. Bukan aku meaggungkan kualiti perfileman negara luar tapi itula hakikatnya. Kita terlalu jauh untuk megejar mereka.

Ya aku memang hanyalah seorang yang bodoh dan kosong pengehtahuan dalam dunia perfileman. tapi aku masih mampu untuk membezakan yang mana bagus dan yang mana hancus.. dan hak aku sebagai penonton mestila aku punya hak untuk memilih.

jangan kau rayu untuk kami meyokong engkau wahai karyawan sekiranya kami merasakan ianya memang tidak layak untuk disokong. jika kau butuh sokongan kami kau harus cergas untuk megejar bayang-bayang itu.

kali terakhir aku menonton movie melayu "budak kelantan". dari situ aku terpikir kenapa dunia perfileman kita masih ditakuk lama. dari storyline hinggala camera trick. kemajuan itu boleh dikatakan 0% peningkatan untuk filem seperti itu. kekeringan idea mungkin!!

Tapi aku tidak mengkritik kesemua filem melayu, ada yang aku rasakan bagus kualiti pengarahannya seperti filem arahan yasmin Ahmad, khabir Bakhtiar dan filem terbaru yang aku rasa mempunyai kualiti tersendiri adalah Kami The Movie.Mungkinla ianya tidakla sehebat mana tapi penceritaan filem itu sendiri telah membawa kita masuk bersama didalam scene tersebut. mungkin aku juga remaja seperti mereka tapi jalan ceritanya bukan khayalan bukan ?

ianya memang realiti untuk aku.

Apa yang aku perhatikan penerbit-penerbit filem dimalaysia, hanyala mengejar keuntungan semata-mata. lawak yang entah apa-apa, kisah cinta yang kita dah tahu kesudahannya. Entahla..

Aku highlight disini ya bukan kesemua pengarah dan penerbit seperti yang dimaksudkan oleh aku, ada yang aku rasa bagus dan mempunyai cita-cita yang besar untuk mejadi setaraf seperti negara lain. cicakman ku ambil sebagai contoh. aku bangga sebagai anak malaysia juga mampu menghasilkan cgi yang aku rasa memang patut untuk dibanggakan.

kamu yang bergelar Orang Filem!!

Aku mengharapkan lebih dari kamu semua untuk mencetus revolusi untuk perfileman malaysia.

Filem akan datang yang aku akan tonton adalah Ong Bak2

About